Masyarakat Malaysia lebih mudah
mempercayai khabar angin yang telah dibacakan melalui media massa seperti laman
sosial ‘facebook’ misalnya. Tanpa mendapatkan bukti dan fakta yang sahih
mereka telah berprasangka negatif dan menjatuhkan hukum kepada perkara
tersebut. Itulah keburukkan melalui media massa.
Namun begitu, masyarakat seharusnya berfikiran
secara rasional mengenai sesuatu perkara itu. Tidak semua perkara yang
disampaikan melalui media massa adalah benar selagi belum ada bukti yang sah
melalui akhbar, buletin atau mana-mana lagi medium yang boleh memberi fakta
yang jelas.
Selain itu, media massa juga telah disalahgunakan
oleh sesetengah orang ramai bagi mengecam tindakkan kerajaan dan sebagainya. Contohnya,
seperti yang berlaku sekarang iaitu seorang gadis Aishah Tajuddin yang telah
mempersendakan undang-undang hudud di Kelantan. Perkara ini tidak seharusnya
berlaku kerana telah memberi kean negatif kepada masyarakat justeru telah
mencemarkan imej dirinya sebagai seorang gadis melayu.
Walaubagaimanapun, tidak semua perkara yang
disampaikan melalui media massa adalah palsu. Pihak yang membaca apa yang
disiarkan tersebut seharusnya bijak dalam menilai sendiri tanpa membuat apa-apa
spekulasi negatif.